Monday, 25 July 2011

"" BERKONGSILAH DENGAN-NYA .. ~ ""




"" Bukan semua cerita kita boleh berkongsi dengan teman rapat .. bukan semua masalah kita boleh bagi tahu pada orang tua kita .. bukan semua bende kita boleh luahkan pada pasangan yang dicintai .. semua ada batasnya .. TAPI , kita boleh berkongsi dan luahkan apa sahaja yang tersurat mahupun tersirat kepada DIA Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui .. Tanpa engkau memberitahu-Nya , apa yang nyata mahupun tersembunyi .. janganlah engkau pernah merasa lelah , dari lubuk hatimu yang paling dalam .. sujudlah dikau di sepertiga malam .. di saat orang lain lena dibuai mimpi indah .. pada waktu itulah kau boleh meluahkan segala-galanya dari dalam hatimu .. janganlah engkau takut mengaku dosamu , janganlah engkau malu menitiskan air matamu kerana sesungguhnya , Dialah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .. aku juga insan yang rapuh yang pernah khilaf disuatu masa dahulu .. di ketika aku dibuai kehidupan yang sangat mengkhayalkan aku .. sehingga membuat aku lupa akan apa itu DOSA .. berbagai perihal kehidupan yang salah telah aku lakukan .. tetapi , di saat aku lemah tak berdaya , pada waktu itulah aku baru nak terhegeh-hegeh sujud kepada-Nya memohon bantuan dan keampunan .. betapa hina dan jahilnya aku Ya Allah .. Pada suatu detik dan ketika , aku mula sedar dengan semua kekhilafan ku .. aku mula sedar pada waktu aku sering diberi cubaan dan dugaan hidup .. disaat kebahagiaan juga tidak mahu menghampiri aku .. aku mula melihat dunia yang luas ini .. dunia yang begitu indah tetapi penuh dengan liku .. apakah aku layak diberi peluang kedua untuk melalui hidup ini semula .. aku perlukan kekuatan Ya Allah .. aku tadak mahu diberi kehidupan yang sempurna .. aku cuma mahu hidup dalam keredhaan-Mu Ya Robbi .. Amin .. ~